FAQ

Soalan lazim (FAQ)

Apakah yang dimaksudkan dengan muzium?
Perkataan muzium diambil dari istilah "muse" yang berasal dari "Muses" iaitu sembilan orang anak perempuan dewa Zeus mengikut mitologi Yunani Dewa Zeus dikatakan menjaga hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan, keagamaan, pendidikan, kesenian, tragedi dan astronomi. Berasaskan mitologi ini wujud istilah "museion" dalam bahasa Yunani yang bermaksud "tempat tinggal muses". Di Malaysia muzium merupakan sebuah institusi pendidikan umum menyibarkan maklumat mengenai sejarah, kebudayaan dan alam semulajadi. Aktiviti-aktiviti yang di kendalikan oleh muzium-muzium di negara ini merupakan salah satu usaha yang diharap dapat membantu negara membina dan memperkukuhkan jati diri masyarakat di samping menjadi daya tarikan pelancong.

Berapakah jumlah koleksi gambar yang direkodkan di Unit Sumber BSLNPP?
Anggaran 300 keping gambar.

Apakah jenis panggilan telefon yang dikerap diterima dari orang awam mengenai Muzium dan Balai Seni Lukis P.P?
Panggilan telefon yang kerap diterima oleh operator telefon Muzium dan Balai Seni Lukis P.P ialah bertanya tentang pameran semasa dan penentuan asal-usul sesuatu bendapurba.

Bagaimanakah prosedur mendapatkan perkhidmatan lawatan berpandu ke Muzium dan Balai Seni Lukis P.P?
Pihak yang berminat mendapatkan lawatan berpandu boleh menghubungi pihak muzium/galeri yang ingin dilawati dan memaklumkan keperluan lawatan berpandu beserta tarikh, masa dan bilangan peserta lawatan berpandu.

Berapakah jumlah bilangan muzium di seluruh Malaysia?
Dianggarkan kira-kira 150 buah muzium.

Bagaimanakah muzium-muzium di Malaysia diklasifikasikan?
Muzium-muzium di Malaysia boleh diklasifikasikan kepada:
1. Muzium Persekutuan
2. Muzium Negeri
3. Muzium Institusi/Jabatan
4. Muzium Swasta
5. Muzium Persendirian

Apakah itu konservasi?
Suatu tindakan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memanjangkan tempoh hayat sesuatu elemen atau sekumpulan elemen baru atau rosak, stabil atau tidak stabil terhadap warisan sejarah supaya mesej yang hendak disampaikan dapat dipamerkan kepada masyarakat.

  FEATURED TOOLBAR
















  Total Visitors:
00055445

Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang (C) 2008-2009. All rights reserved.