Misi, Visi & Objektif

Misi

Mengumpul, mengkaji dan memelihara serta mempamerkan khazanah warisan negeri dan budaya dengan menggalakkan pameran-pameran berbentuk pendidikan sejarah dan warisan budaya dan bangsa.

Wawasan

Memupuk dan menanam minat penghargaan terhadap warisan dan seni budaya negeri bagi merealisasikan kesedaran dan kecintaan terhadap tanah air untuk generasi kini dan akan datang agar tidak lupus ditelan zaman.

Dasar Kualiti

Mengumpul dan mengurus artifak-artifak Muzium & Balai Seni Lukis Pulau Pinang secara sistematik dan berkualiti secara berterusan yang dapat memenuhi kehendak dan keperluan taraf kemahiran institusi.

Objektif

  • Mengumpul khazanah silam atau bahan-bahan yang berkaitan dengan warisan sejarah, alam kemanusiaan dan semulajadi
  • Melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai sejarah, budaya dan bahan-bahan yang dikumpul
  • Memilih dan memelihara segala khazanah dan warisan yang dikumpul serta alam kemanusiaan dan semula jadi
  • Mendidik dan menanam semangat mencintai dan menghargai budaya dan warisan negara melalui pameran-pameran tetap dan sementara,penerbitan dan khidmat pelanggan