Sejarah Keretapi Bukit Bendera Edisi Kedua / History of Penang Hill Railway

Posted on: Wed, 2012-06-20 15:29   By: ku_ayu
keretapi bukit bendera

 Pada tahun 1921 A.R Johnson telah membina 4 buah gerabak yang melibatkan perbelanjaan sebanyak $1,573.00. Gerabak keretapi ini membawa penumpang ke atas Bukit Bendera ditarik dengan kabel di atas landasan keretapi yang curam. Majlis pembukaan bagi memulakan operasi keretapi ini dirasmikan oleh Sir Lawrence Guillemard, Gabenor Negeri-negeri Selat pada 1hb 1924. Gerabak keretapi ini bersama-sama gerabak yang lain telah membawa penumpang seramai 35 201 penumpang setelah membuat 4021 perjalanan pada tahun tersebut.

Keretapi ini juga merupakan satu-satunya keretapi mendaki bukit di Asia Tenggara. Keretapi ini direka bentuk oleh Arnold R. Johnson, seorang Jurutera Kanan Daerah, Persekutuan Keretapi Negeri-negeri Melayu. Landasan keretapi pula telah diamanahkan kepada Pengurusan Majlis Perbandaran Georgetown semenjak ia dirasmikan hingga 1hb Februari 1977 apabila diambil alih oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Keretapi rekaan Johnson ini telah digunakan  hampir 55 tahun sebelum digantikan dengan gerabak buatan Swiss pada tahun 1977.

Gerabak seberat 7.5 tan ini telah dihadiahkan kepada pihak muzium sebagai tempat letak terakhir pada 2 Disember 1977 oleh Pegurusan Keretapi Bukit Bendera setelah digantikan oleh empat gerabak moden Swiss berharga 2.3 juta ringgit. Warna asal dan alat gantian pada gerabak ini adalah merupakan bahan seperti yang asal.

 

History of Penang Hill Railway

In 1921 AR Johnson has built four wagons which involves an expenditure of $ 1,573.00. These trains carry passengers on the Hill pulled the cable on a steep railway. Opening ceremony for the railway operations was officially opened by Sir Laurence Guillemard, Governor of the Straits Settlements on the 1st of 1924. This train along the other coaches have brought a total of 35 201 passengers passengers after making the journey in the year 4021.

This train is the only train up a hill in Southeast Asia. This railway was designed by Arnold R. Johnson, a Senior Engineer District, Federation of Malay States Railway. Railway line has been entrusted to the Management Council since it was opened to Georgetown 1st February 1977 when taken over by the Penang State Government. Johnson railway design has been used almost 55 years before being replaced by Swiss-made trains in 1977.

Weighing 7.5 tonne wagons were presented to the museum as a place to park last December 2, 1977 by a management Penang Hill Railway, after replaced by a modern four-car trains worth 2.3 million ringgit Swiss. Original color and spares on this wagon is like the original material.

                                                                             (Sumber: dipetik dan diubahsuai daripada kapsyen asal Keretapi Bukit Bendera & Glimpses of Penang)