Sejarah Keretapi Bukit Bendera Edisi Kedua / History of Penang Hill Railway

Posted on: Wed, 2012-06-20 15:29   By: ku_ayu

 Pada tahun 1921 A.R Johnson telah membina 4 buah gerabak yang melibatkan perbelanjaan sebanyak $1,573.00. Gerabak keretapi ini membawa penumpang ke atas Bukit Bendera ditarik dengan kabel di atas landasan keretapi yang curam. Majlis pembukaan bagi memulakan operasi keretapi ini dirasmikan oleh Sir Lawrence Guillemard, Gabenor Negeri-negeri Selat pada 1hb 1924. Gerabak keretapi ini bersama-sama gerabak yang lain telah membawa penumpang seramai 35 201 penumpang setelah membuat 4021 perjalanan pada tahun tersebut.