Kasut kecil molek ini dikenali sebagai “kasut kaki berbengkung” yang merupakan sebahagian warisan masyarakat Cina. Menurut sejarah, kasut kecil ini, dipercayai hasil tangan  orang Baba dan Nyonya Melaka, telah mula dibuat pada Zaman Dinasti Sung di China. Pemakainya perlu mengamalkan pembengkungan kaki supaya terus tinggal kecil.