Kopi tiam bermakna kedai kopi dalam dialek Hokkien. Kedai-kedai kopi ini mempunyai ciri-ciri tersendiri dengan perabotnya yang terdiri daripada meja bermarmar dan kerusi kayu bersandar tegak. Pada asalnya kopi tiam hanya menjual minuman, istimewanya minuman kopi, atau lebih tepat lagi kopi tempatan.