Lukisan Robert Smith / The Captain Robert Smith Paintings

2
Posted on: Sun, 2012-04-29 22:27   By: wesley

Kapten Robert Smith (1787-1873) datang ke Asia sebagai seorang jurutera yang berkhidmat dengan Syarikat Hindia Timur di India. Antara tahun 1814 hingga 1815, beliau telah dihantar berkhidmat ke Pulau Pinang dan menyandang jawatan Jurutera Penyelia. Beliau kembali ke sini pada tahun 1817 untuk menyiapkan pembinaan Gereja St. George.