PM Switch

Custom Search 1

Bahasa Lain

Bahasa-bahasa

Text Size

  • Increase
  • Decrease

Current Size: 100%

Switch Theme

Bangunan

Pada tahun 1964, Muzium dan Galeri Seni Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan dan telah dirasmikan oleh Gabenor Pulau Pinang yang pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 14 April 1965. Muzium Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan di bawah Enakmen Negeri 1972 yang telah diluluskan oleh Majlis Negeri pada tahun 1972.

Sebuah sekolah ditubuhkan pada tahun 1817 dengan sumbangan yang diberikan oleh Syarikat Hindia Timur di bawah pengawasan Kapten Robert Smith (Jurutera Diraja). Leftenan Smith telah menyediakan pelan bangunan untuk sekolah yang boleh menampung 100 pelajar lelaki dan 50 pelajar perempuan. Ia telah dinamakan sebagai Penang Free School, institusi kedua pendidikan. Berdasarkan rekod bahawa kolej kecil ini diasaskan sebagai Sekolah Bahasa kemudiannya menjadi sekolah Inggeris dalam tahun 1787.

Penang Free School ditempatkan di bangunan ini dari tahun 1897 sehingga 1927. Selepas Penang Free School telah berpindah ke bangunan lain di Green Lane, ia telah diambil alih oleh sekolah Hutching pada Januari 1928.

Pada tahun1964, bangunan ini telah dijadikan muzium dan galeri seni di atas cadangan Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,Perdana Menteri Malaysia yang Pertama kerana tidak terdapat bangunan lain dengan koleksi bahan warisan tempatan Pulau Pinang pada masa itu.

Bangunan Muzium Negeri Pulau Pinang telah diiktiraf sebagai bangunan warisan di bawah Akta Warisan 2005.