Perutusan Pengerusi

YAB Lim Guan Eng (Pengerusi)

Salam Sejahtera.

Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk memperkembangkan warisan sejarah, seni dan budaya di Negeri Pulau Pinang. Dengan  adanya tiga premis yang telah berkembang di Muzium Sejarah di Lebuh Farquhar, Balai Seni Lukis di Dewan Sri Pinang (DSP) dan Muzium  dan Balai Lukis di Jalan Macalister, Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang dapat mengadakan pameran dengan kelolaan warga kerjanya dan komuniti Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang.

Selain daripada itu, laman web ini diharap dapat menyebarkan maklumat dengan cepat mengenai Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang yang merupakan medium terbaik untuk menarik minat pelancong asing serta pelawat tempatan. Di samping itu, laman web ini juga diharap dapat menyampaikan informasi pameran dari masa ke semasa. 

Saya mengalu-alukan anda melayari laman web ini. Saya berharap kepada semua yang melayari laman web ini agar memberi cadangan dan kritikan bagi menambah baik kualiti Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang.

Terima kasih kerana melayari laman web Lembaga Muzium & Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang.

 

“Pendidikan Muzium Untuk Semua”

 

Sekian, terima kasih.

(LIM GUAN ENG)

Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang