Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan muzium?

Perkataan muzium diambil dari istilah "muse" yang berasal dari "Muses" iaitu sembilan orang anak perempuan dewa Zeus mengikut mitologi Yunani Dewa Zeus dikatakan menjaga hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan, keagamaan, pendidikan, kesenian, tragedi dan astronomi. Berasaskan mitologi ini wujud istilah "museion" dalam bahasa Yunani yang bermaksud "tempat tinggal muses". Di Malaysia muzium merupakan sebuah institusi pendidikan umum menyibarkan maklumat mengenai sejarah, kebudayaan dan alam semulajadi. Aktiviti-aktiviti yang di kendalikan oleh muzium-muzium di negara ini merupakan salah satu usaha yang diharap dapat membantu negara membina dan memperkukuhkan jati diri masyarakat di samping menjadi daya tarikan pelancong.

Berapakah jumlah koleksi lukisan dari tahun 1965 hingga tahun 2014?

614 karya seni sepanjang tempoh 47 tahun.

Apakah jenis panggilan telefon yang kerap diterima dari orang awam?

Panggilan telefon yang kerap diterima oleh staf LMNPP ialah bertanya tentang pameran semasa dan waktu beroperasi muzium dan galeri.

Bagaimanakah prosedur mendapatkan perkhidmatan lawatan berpandu ke muzium dan galeri?

Pihak yang berminat mendapatkan lawatan berpandu boleh menghubungi pihak muzium/galeri yang ingin dilawati dan memaklumkan keperluan lawatan berpandu beserta tarikh, masa dan bilangan peserta lawatan berpandu. Pihak tersebut boleh menulis surat kepada kami juga.

Adakah pihak LMNPP menerima sumbangan koleksi artifak peribadi atau karya seni untuk dipaparkan di muzium atau galeri?

Ya. Pihak LMNPP menerima sumbangan koleksi artifak atau karya seni daripada orang ramai/organisasi dengan terma dan syarat-syarat tertentu. Sila berhubung dengan Penolong Kurator LMNPP untuk urusan sumbangan koleksi artifak atau karya seni.

Bagaimanakah caranya untuk memohon berkhidmat di LMNPP?

Kekosongan jawatan akan diiklankan di Laman Web Rasmi LMNPP atau Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Apakah itu konservasi?

Suatu tindakan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memanjangkan tempoh hayat sesuatu elemen atau sekumpulan elemen baru atau rosak, stabil atau tidak stabil terhadap warisan sejarah supaya mesej yang hendak disampaikan dapat dipamerkan kepada masyarakat.