Glossary

A

Artifak

Peralatan atau barang-barang buatan manusia peninggalan sesuatu zaman dahulu. Contoh; tembikar,senjata dan duit kijang emas

D

Dokumentasi

Berasal dari Bahasa Inggeris documentation yang bermaksud himpunan atau kumpulan dokumen yang boleh berbentuk rakaman, dokumen bertulis, catatan tokoh dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut digunakan dalam sesuatu kajian dan boleh dijadikan rujukan.

G

Galeri

Berasal dari bahasa Inggeris gallery yang bermaksud ruang/bilik/bangunan/ yang memperagakan/mempamerkan pameran atau karya-karya seni.

I

Inventori

Berasal dari Bahasa Inggeris inventory yang bermaksud senarai terperinci barang-barang yang terdapat di tempat tertentu (pejabat, kedai,galeri,stor dan lain-lain)

K

Kapsyen

Berasal dari Bahasa Inggeris caption . Merupakan keterangan bagi sesuatu gambar atau barangan yang dipamerkan.

Katalog

Berasal dari Bahasa Inggeris catalogue. Merupakan butiran senarai yang lengkap, biasanya mengikut abjad, berserta catatan dan imej tentang perinciannya.

Khazanah

Merupakan barang-barang kepunyaan, harta benda, kumpulan (himpunan) sesuatu atau tempat menyimpan harta benda

Koleksi

Hasil pengumpulan daripada pelbagai jenis barangan. Misalnya hasil barangan yang dikumpul daripada tapak sejarah seperti artifak, fosil dan sebagainya.

Konservasi

Pemeliharaan atau penjagaan bahan-bahan koleksi secara tersusun bagi mengatasi kerosakan atau musnah

Kurator

Pegawai yang bertanggungjawab menyelenggara koleksi di muzium. Contoh; bertanggungjawab untuk menguruskan sesuatu pameran dengan menitikberatkan segala asal usul koleksi tersebut.

L

Label

Keterangan pendek tentang sesuatu objek atau artifak yang terdapat dalam ruang pameran di galeri.

Lukisan

Merupakan hasil melukis yang mempunyai keterangan dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bentuk gambaran.

M

Monograf

Monograf adalah sebutan lain untuk buku, dan digunakan untuk membedakan terbitan dan biasanya ditulis oleh satu orang yang merupakan terbitan tunggal yang selesai dalam satu jilid dan tidak berkelanjutan.

Mould

Merupakan acuan yang telah dibentuk.

Muzium

Merupakan institut yang bersifat tidak tetap, tidak mencari keuntungan, memberi khidmat kepada masyarakat dan perkembangannya, terbuka kepada umum, memperolehi, merawat, menghubungkan dan mempamerkan untuk tujuan pembelajaran, pendidikan dan hiburan, bukti-bukti tinggalan manusia dan persekitarannya.

P

Pameran

Merupakan suatu pertunjukan koleksi yang terdiri daripada lukisan, cat air, ukiran, fotografi, seramik, cetakan dan pelbagai media lain untuk tujuan menarik pengunjung untuk menyaksikannya.

Penerbitan

Merupakan perbuatan menerbitkan atau menghasilkan buku, majalah dan lain-lain.

Penstoran

Merupakan proses menyimpan data-data penting, barang-barang sejarah dan lain-laian supaya tahan lama dan terpelihara.

Penyelidikan

Suatu proses menyelidik sesuatu perkara mengikut kaedah-kaedah penyelidikan untuk merungkaikan hal, peristiwa dan menghuraikan sesuatu perkara tersebut terjadi.

Perolehan

Merupakan sesuatu (barang, hasil dan lain-lain) yang diperoleh.

R

Replika

Merupakan hasil salinan atau tiruan sesuatu barangan daripada barangannya yang asli.

S

Spesimen

Bahan yang digunakan sebagai sampel dalam proses pengujian atau pemeriksaan koleksi atau artefak

Seramik

Merupakan barang-barang yang diperbuat daripada tanah liat. Contoh; tembikar.

T

Teks

Merupakan satu set perkataan yang mengandungi keterangan atau ringkasan yang dijadikan rujukan

W

Wawasan

Merupakan satu panduan yang menetapkan satu sasaran setiap organisasi yang harus dicapai dalam suatu tempoh masa tertentu.

Warisan

Harta peniggalan, harta pusaka dan juga sesuatu yang diwarisi.