PM Switch

Custom Search 1

Other Language

Text Size

  • Increase
  • Decrease

Current Size: 100%

Switch Theme

June 2012

Lanca / Jinriksha

0
Posted on: Thu, 2012-06-21 09:16   By: ku_ayu

Lanca merujuk kepada kenderaan penumpang dua roda yang ditarik oleh manusia. Ia digunakan secara meluas semasa dahulu di China dan juga didapati di Malaysia sekitar abad ke-19 dan awal abad ke-20, terutama di Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura. Bagaimanapun dengan pengenalan basikal, kenderaan yang ditarik manusia ini beransur-ansur digantikan dengan basikal yang dipasang pada kerangka dan kemudiannya dikenali sebagai beca.

Sejarah Keretapi Bukit Bendera Edisi Kedua / History of Penang Hill Railway

Posted on: Wed, 2012-06-20 15:29   By: ku_ayu

 Pada tahun 1921 A.R Johnson telah membina 4 buah gerabak yang melibatkan perbelanjaan sebanyak $1,573.00. Gerabak keretapi ini membawa penumpang ke atas Bukit Bendera ditarik dengan kabel di atas landasan keretapi yang curam. Majlis pembukaan bagi memulakan operasi keretapi ini dirasmikan oleh Sir Lawrence Guillemard, Gabenor Negeri-negeri Selat pada 1hb 1924. Gerabak keretapi ini bersama-sama gerabak yang lain telah membawa penumpang seramai 35 201 penumpang setelah membuat 4021 perjalanan pada tahun tersebut.

Kasut Kaki Kuntum Teratai / The Shoes Lotus Flower Feet

0
Posted on: Tue, 2012-06-19 16:26   By: ku_ayu

Kasut kecil molek ini dikenali sebagai “kasut kaki berbengkung” yang merupakan sebahagian warisan masyarakat Cina. Menurut sejarah, kasut kecil ini, dipercayai hasil tangan  orang Baba dan Nyonya Melaka, telah mula dibuat pada Zaman Dinasti Sung di China. Pemakainya perlu mengamalkan pembengkungan kaki supaya terus tinggal kecil.