COVID-19 - Notis Penutupan Pejabat Operasi LMNPP

Posted on: Sel, 2020-03-17 14:23   By: MZMKPLBPKHG

Selaras dengan Perutusan Khas YAB Perdana Menteri mengenai Covid-19, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara dan penutupan premis-premis kerajaan.


Sehubungan dengan itu,  pejabat pengurusan LMNPP dan BSLNPP akan ditutup mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.


Marilah bersama-sama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan mengaplikasikan saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan wabak ini dapat ditangani dengan segera serta keadaan akan pulih seperti sediakala.


Bagi pertanyaan lanjut, sila hubungi 04-2616466 atau psm_enquiries@penangmuseum.gov.my. ⠀